AS253_Ijazah sarjana muda (kepujian)Kimia (Analisis Forensik)

 Asalamua'laikum wbt. dan salam sejahera

للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

As promise,
I akan terus cerita kan tentang kos kimia forensik dekat UiTM. Alhamdulilah, I baru je tamat kan pengajian bulan Julai tahun 2022 , Jadi I rasa masih panas keluar dari oven untuk I ceritakan serba sikit pengalaman I ambil kos ni.😂 

Untuk pengetahuan,
Kos forensik mempunyai banyak cabang yang salah satunya I akan ceritakan ialah Kimia Forensik.Kos ini adalah fokus kepada analisis kimia sahaja. Kita akan di dedahkan dengan etika sebagai seorang ahli kimia forensik, menganalisis bahan bukti dalam pengamatan kimia dari tempat jenayah di dalam makmal dan memberikan keterangan rasmi sebagai ahli kimia di mahkamah (jika diperlukan).

Secara am nya, kita tidak akan terlibat dengan proses pembedahan mayat atau seangkatan dengan nya di sebabkan kita tidak mempelajari anatomi tubuh badan manusia.

So, kalau minat nak jadi ahli bedah mayat boleh cuba mohon ke:
  • Fakulti perubatan dalam sarjana patologi (patologi forensik) di UiTM Puncak alam (pengambilan pertama Disember 2022),
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Management & Science University (MSU)

Kos kimia forensik ini hanya terdapat di UiTM Shah Alam sahaja di bawah kod (AS253) Fakulti Sains Gunaan (FSG). Fakulti ni terletak sama tempat dengan perpustakaan Tun abdul Razak. I adalah pelajar penerapan UiTM dari diploma uitm.

👉Course Outline👈- senarai subjek dalam kos analisis kimia forensik.

Waktu praktikal, kita boleh mohon untuk ke jabatan forensik polis ataupun forensik kimia bomba. Hanya dua jabatan kerajaan ini sahaja yang akan melibatkan pelajar praktikal ke tempat kejadian (live scene) sekiranya korang nak rasa macam mana bekerja di tempat kejadian.

Selain itu, kita juga boleh mohon untuk praktikal di bahagian kimia syarikat swasta yang mempraktikkan ilmu kimia.
I mohon praktikal di bahagian kimia Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas faktor waktu dah suntuk sebelum tarikh semester baru UiTM bermula dan jarak yang dekat dengan rumah.


Peluang pekerjaan?
I boleh bagitahu yang peluang pekerjaan masih luas untuk kita sebab bidang yang kita ambil ialah kimia. Jadi kita boleh pergi ke mana-mana bidang pekerjaan yang berkaitan dengan kimia juga dengan keistimewaan tambahan pada kita dalam bidang forensik.


So, If ada apa-apa soalan boleh tanya I je okay kat komen. I akan cuba habis baik untuk jawab.
If korang nak software, nota atau apa yang berkaitan dengan kos ni pun boleh je minta okay.

With Love,

CikGajahBiru.

Comments

Popular Posts