Cara Mohon Transkrip dan Surat pengesahan pelajar UiTM 2022
Asalamua'laikum wbt. dan salam sejahera
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Tahniah dan selamat berkonvo !!
P/S: Sebarang Perubahan semasa tertakluk kepada Pihak Pengurusan UiTM
Prosedur yang I akan tunjukkan adalah prosedur terbaru untuk tahun 2022 dan terpakai untuk semua UiTM di Malaysia. I baru selesai berurusan dengan UiTM Shah Alam pada bulan September 2022. Asbab I mintak surat pengesahan adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Pastikan status pengajian telah tamat / 'COMPLETED' baru boleh teruskan permohonan seperti di bawah.
Status pelajar yang masih aktif boleh mohon mini transkrip dan pengesahan belajar di pejabat akademik fakulti masing-masing/ Student Portal
MOHON ONLINE
Mohon transkrip rasmi secara atas talian dahulu untuk di masukkan ke dalam sistem TEKAN SINI
dan isi segala maklumat yang di perlukan.
Gambar 1
seterusnya tekan 'new appalication' dan kita perlu isi segala data yang diperlukan.
Bila tiba di bahagian pilihan untuk menerima transkrip pilih sahaja 'POST'.
Kita perlu muat naik salinan Kad pengenalan kita. Tak perlu Cop pengesahan salinan kad pengenalan. Terus upload salinan kad pengenalan dalam PDF sahaja dan hantar.
So, dalam masa 30 minit- 1 jam kita boleh cek di Student Portal bahagian Student Financial Service untuk tengok bil transkrip berjumlah RM15.00 sahaja. boleh bayar online transfer juga.
Gambar 2
Gambar 3
MUAT TURUN BORANG BPSPP
Muat turun Borang BPSPP dan isi semua maklumat yang di perlukan.
Gambar 4
EMEL KEPADA PEGAWAI YANG BERKAITAN
Seterusnya , hantar emel kepada pegawai yang berkaitan mengikut kos kita. kalau I, I akan hantarkan kepada puan haryani.
boleh cek kat SINI okay.
Gambar 5
hantar emel ikut format ni. Copy and paste je okay.
Kepada: (Pegawai yang Berkaitan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya (Nama penuh) (No. matrik), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains kimia (analisis forensik), Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Emel
Saya turut kepilkan bukti :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.Nama
No.tel/emel
Okay itu sahaja yang kita perlu buat.Kita hanya boleh buat permohonan ini sekali sahaja. Dalam masa 3-7 hari bekerja kita akan terus dapat surat tersebut dalam bentuk PDF.
Jika ada apa-apa kemusykilan dan persoalan boleh tanya je okay.
With Love,
CikGajahBiru
Sumber :
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM
Kredit:
Amirah 'Adlina
Amirah 'Adlina
Comments
Post a Comment