Warkah Buat Rasullulah
Asalamua'laikum wbt. dan salam sejahera
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Warkah Buat Rasulullah
Salam sejahtera buat kekasih yang aku rindui..Baginda Rasulullah Muhammad.
ini adalah salah satu waktu yang aku tak dapat menahan rindu. entah apa tiap kali Nama mu menitir di bibir.. tiap kali itu juga air mata tak henti mengalir. tak juga bisa memadam bara nya rindu ini pada mu ya rasulullah.
Tiap kali merasakan jerihnya hidup,aku kembali mendakap bingkisan kisah mu..dan dari situ aku sedar..payah ini ringan.
Benarlah mengingatimu.. hatikan terubat.
ya Rasulullah,
tiap doa yang aku titipkan.. aku mohon Allah menyampaikan Rindu, salam dan sepenuh kemaafan kerana masih culas menjadi umat mu yang terbaik. Kerana janji Allah itu, manusia akan dibangkitkan bersama apa yang dicintai.. maka aku bercita untuk menjadi jemputan mu tika Allah memanggil ku pulang. aku berjanji untuk berusaha tiada lagi perpisahan lagi dengan mu wahai Rasulullah.
tiada lagi...
Ya Rasulullah..
tika ini sayu menyelimuti kalbu..menyingkap tiap sirah pengorbanan ..duka dan tawa mu. Sepertinya aku merasakan hangat nya dekat bersama mu ya rasullulah.
Andai satu waktu nanti.. aku di anugerahkan Allah menjaga khalifah yang lahir kelak..aku akan ajarkan dia tentang mu wahai Baginda Rasul. Menanamkan tiap ikatan cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul Nya.Itu janji aku sebagai seorang ibu.
Terima kasih Ya Rabb akan rezki menjadi umat baginda Rasulullah, Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam..
Sollu alan nabiy.
With Love,
CikGajahBiru


Comments
Post a Comment