~`
Asalamua'laikum wbt. dan salam sejahera
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Salam sejahtera buat kekasih yang aku rindui..Baginda Rasulullah Muhammad.
Ya rasool,
tiada perisai keberanian untuk mendengar secebis mahu pun menyebut nama mu. Walhal menulis di sini, aku rasa teramat malu. tak sanggup untuk apa saja yang terkait mu. Rindu di dada ini teramat hebat. sakit. Aku malu kerana kekhilafan diri ku. Ya habiballah, AKU TERAMAT RINDU.
Jika dalam mimpiku hanyalah satu nya cara menemui mu saat ini, maka aku ingin tidur tanpa bangun. Menjadi gila seseorang kerana cinta serta rindu. Malar mendungnya di langit hati. Tiadalah nikmat di penghujung hidup jika kita tidak bersama dengan yang kita cintai.
Luka-luka di hati ini berbekas, terkadang berdarah parah. apalah maknanya cinta jika tidak diperjuangkan? cinta memberi semangat. cinta memberi kekuatan yang luar biasa. apakah cinta jika kau terluka? Seribu tahun pun, aku tetap akan belajar mencintai kepada yang aku cinta.
Maafkanlah ketidak sempurnaan di mata mu dalam aku mencintai,
Maafkanlah ruang--ruang kecil yang tak ada daya ku penuhi,
sepenuh daya, habis waktu umur dan kekuatan aku berikan.
Dalam dunia hari ini, jiwa diselaputi dusta yang menyelimuti betapa hebatnya api cinta dan rindu.
Tak terlintas atau belum aku menyerupai Qasy si majnun kerana Layla.
Apa mungkin kerana fitrah wanita itu sembunyi, maka kemas Layla menyembunyikan seksa cinta dan rindu kepada Qasy? jika cinta masih belum membuat batin mu gelora..itu bukan cinta.
moga kita tidak lagi berpisah jiwa di sana, moga sebuah syurga di maknai dengan manisnya kehadiran mu,
Comments
Post a Comment